Zuridan Mohd Daud

Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Pahang bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Dalam parti, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang[1].Tokoh ini dilahirkan pada hari terakhir tahun 1971 iaitu tanggal 31 Disember tahun berkenan di Kg Damak, Jerantut Pahang.Bondanya Hajjah Halimah Awang berasal dari Kg Lubuk Kulit, Lipis. Bapanya Mohd Daud Sham yang berasal dari kg Chebong Tembeling adalah merupakan seorang pendidik dan aktivis PAS yang gigih. Ketika menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Jengka 16, Cikgu Daud ditukarkan ke sekolah lain yang agak jauh hanya kerana proaktifnya dalam bidang dakwah dan perjuangan PAS.Bukan sekadar ditukar, jawatan guru nesar turut dilucutkan. Segala cabaran itu diharunginya hingga ke akhir hayatnya.